SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI

Tanggal 1 Januari 1967 merupakan detik bersejarah apabila Sekolah Menengah Kayang, Perlis ditubuhkan. Sekolah Menengah Kayang telah dirasmikan pada 13 Mei 1968 oleh DYMM Tuanku Raja Perlis bersama-sama Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB En. Mohd Khir Johari. Serentak dengan itu, nama sekolah ini telah diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi bersempena dengan nama Raja Syed Alwi yang merupakan Raja Perlis yang keempat.

Yang Berbahgia Tan Sri Dato´ Paduka Khir b. Johari
Syed Alwi Ibni Syed Saffi Jamalullail

Guru Besar pertama ialah Encik Abdul Malik Hj Abdul Ghani dari Sekolah Inggeris Derma, Kangar. Pada awal penubuhannya, terdapat hanya 192 orang pelajar dan ditempatkan di bilik-bilik darjah Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis. Pada tahun 1966, bilangan murid semakin meningkat kepada 366 orang. 

Pada tahun 1969, terdapat seramai 683 orang pelajar yang berdaftar di sekolah ini dan bilangan guru adalah seramai 33 orang.

Pada tahun 1972, En. Yahaya Man @ Othman telah dilantik sebagai pemangku Pengetua bagi menggantikan En Abdul Malik Hj Abdul Ghani yang telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Perlis. Pada tahun 1975, bilangan pelajar terus meningkat kepada 1,053 orang dan sebanyak 28buah bilik darjah telah dibina.

Pada 1977, bilangan pelajar semakin bertambah kepada 1445 orang dan sebanyak 48 buah bilik darjah disediakan. Bagi menampung jumlah peningkatan pelajar, sebuah bangunan baru 3 tingkat dibina pada penggal kedua tahun 1978.

Pada tahun 1980, En Yahaya Man  @ Othman telah bertukar ke Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar dan beliau digantikan oleh En Wan Fadzir Wan Hussain. Pada bulan Mei 1985, dua buah kelas Tingkatan 6 Aliran Sastera diwujudkan. Selain itu, sebuah surau bagi kemudahan guru dan peliajar telah dibina atas sumbangan Tuan Haji Jaafar Ali, selaku Pengerusi PIBG (1983).

Pada 1980 bilangan pelajar sekolah ini seramai 1,115 orang dengan 34 bilik darjah. Sekolah juga menerima pengetua yang baru Encik Wan Fadzir bin Wan Hussain. Pengetua yang lama telah bertukar ke Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar, Perlis. Pada tahun 1980 SMK Syed Alwi akan mengemukakan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM dalam aliran sains. Mereka ini adalah kumpulan pertama yang akan mengambil peperiksaan tersebut.
Sebuah surau dibina untuk sekolah hasil sumbangan Tuan Haji Jaafar bin Ali, Pengerusi PIBG sekolah pada tahun 1983.Pada bulan Mei 1985, dua kelas Tingkatan 6 Aliran Sastera diperkenalkan dan pada bulan Mei mula pembinaan asrama dan sewa Taman Bumita. Pada tahun 1987 sebahagian dari bangunan Sekolah Kebangsaan Kayang dijadikan asrama sekolah.

Pada tahun 1987, dua buah blok asrama lelaki dan perempuan serta sebuah dewan makan asrama telah dibina. Pada tahun 1996 pula, dua unit kediaman guru telah dibina khas untuk warden asrama. Setahun kemudian, satu unit bangunan yang meliputi 3 buah bilik darjah menempatkan Kelas-kelas Aliran Agama dibina. 

Pada tahun 1999, Kelas Pendidikan Bermasalah Pembelajaran diwujudkan bersama-sama dengan dua orang tenaga pengajar dan sembilan orang pelajar.Seterusnya, bagi menampung peningkatan pelajar-pelajar Tingkatan Enam, sebuah blokbangunan setingkat dibina bagi menempatkan pelajar dalam tiga aliran iaitu Ekonomi, Sastera dan Geografi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi terus berubah wajah dengan kehadiran Pengetua baru, Puan Hajah Azmiyah Othman.Sebuag dewan serba guna bernilai lebih RM 1 juta dibina pada pertengahan tahun 2001.Dewan ini diber nama “Dewan Bestari”. Pada tahun ini bilangan guru telah meningkat kepada 112 orang yang meliputi seramai 46 orang Guru Siswazah, 34 orang Guru Bukan Siswazah, dan 2 orang guru sandaran serta 1,756 orang pelajar yang ditempatkan di 56 buah bilik darjah. Sehubungan itu, dua sesi pembelajaran diadakan iaitu sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 Aliran Agama, serta Tingkatan 3,4,5 dan 6 Rendah dan 6 Atas. Sementara bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2 belajar pada sesi petang.

Pengetua wanita pertama SMK Syed Alwi

Pada tahun 2003, SMKSA sekali lagi berubah wajah. Sebanyak tiga buah bangunan 4 tingkat telah dibina bagi menyediakan pelbagai kemudahan kepada guru-guru serta para pelajar sekolah ini. Sesi pembelajaran ditukar kepada 1 sesi sahaja. Sebanyak 34 buah kelas telah dibina bagi menampung para pelajar Tingkatan 4, 5, dan 6 yang semakin bertambah. Kesemua pelajar ini ditempatkan di blok baru.

Blok 4 Tingkat

Selain itu, sebuah blok pentadbiran baru juga turut dibina. I blok pentadbiran ini, terdapat 2 buah bilik guru berhawa dingin, sebuah perpustakaan, sebuah pejabat, Makmal Bahasa, Makmal Komputer, Bilik Peperiksaan, Bilik Pengetua, Bilik Guru Kanan Matapelajaran (GKMP), sebuah koperasi, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik Kemahiran Hidup. Turut disediakan adalah sebuah dewan terbuka yang diberi nama “Medan Hijrah” dan sebuah bilik mesyuarat yang dikenali sebagai “Menara Sidang”.

Dewan Terbuka SMK Syed Alwi

Pengetua pada masa ini ialah Puan Hajah Selmiah bt Hasin yang merupakan seorang lagi pengetua perempuan yang telah berjaya membawa SMK Syed Alwi sebagai sebuah sekolah yang cemerlang khususnya dalam bidang sukan.

Puan Hajah Selmiah Bt Hasin

Pada tahun 2012 Gelanggang Ar Riadah telah dibina sempena dengan negeri Perlis menjadi tuan rumah SUKMA. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Muda Perlis pada hari Khamis 21 Ogos 2014.

Gelanggang ini dibina untuk latihan sukan kepada para pelajar. Pengetua pada masa ini ialah Tuan Haji Kaman b Halit.

DYMM Tuanku Raja Muda Perlis

Tahun 2016 bermula pengajian tingkatan 6 Mod 2. Pelajar yang memasuki tingkatan enam diterima masuk dari beberapa buah sekolah berdekatan yang dulunya menjadi pusat tingkatan enam seperti SMK Syed Saffi, SMK Syed Ahmad dan SMK Kuala Perlis. Pada tahun 2016 bilangan pelajar adalah 1526 pelajar dan 154 guru serta 24 orang staff .

Tahun 2015 merupakan tahun Jubli Emas bagi SMK Syed Alwi. Sempena dengan sambutan Jubli Emas nama Dewan Bestari telah ditukar kepada Dewan Jubli Emas. Pengetua pada masa ini ialah Tuan Haji Kaman b. Halit.

Pada 2 Januari 2018 Tuan Haji Kaman b. Halit pengetua SMK Syed Alwi telah bersara dan beliau diraikan dalam satu majlis yang penuh kemeriahan.

Majlis Persaraan Tuan Haj Kaman b. Halit
Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Kaman b. Halit

Tahun 2018, bilangan pelajar pada 30 November 2018 bagi tingkatan 1 hingga 6 atas adalah seramai 1397 orang dan 46 orang pelajar Pendidikan Khas PPKI. Bilangan guru terlatih adalah seramai 151 orang (43 lelaki dan 108 perempuan). Manakala jumlah kakitangan sokongan pula adalah seramai 21 orang (11 lelaki dan 10 perempuan).

Pada 2 Januari 2018 SMK Syed Alwi menerima pengetua baru iaitu en Ghazali b. Ahmad.

En Ghazali b. Ahmad