DASAR DAN HALATUJU SEKOLAH

Dasar sekolah adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara di samping seiring dengan aspirasi pendidikan Negara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu menekankan kepada :

Pembinaan modal insan yang memiliki 6 ciri utama iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, mempunyai etika kerohanian serta memiliki identiti nasional yang membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global.

  • Menerap amalan budaya kerja cemerlang dan efisien dalam kalangan guru berasaskan kepada nilai-nilai Islam dengan menekankan kepada sifat jujur, integriti, berdaya tahan dan kompetatif serta bersedia untuk menjadi peneraju transformasi negara khususnya di bidang pendidikan.
  • Mempraktikkan budaya pengajaran dan pembelajaran berasaskan PLC, PAK 21,
  • KBAT dan  i-Think kepada para pelajar.
  • Mengukuh dan menambahbaik prestasi pengurusan semua unit (Kurikulum, HEM dan Kokurikulum) dengan meletakkan sasaran yang jelas untuk dicapai.
  • Menjadi sekolah menengah harian terbilang di negeri Perlis melalui pencapaian cemerlang dalam semua bidang.
  • Mencapai Band 5 dalam Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2).