MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN 2019 DAN BICARA TOKOH PEJUANG NEGARA VAT 69

SMK SYED ALWI, KHAMIS 19.9.2019. Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Turut hadir dalam majlis ini ialah PEMADAM Negeri Perlis dengan slogan ´Merdeka Tanpa Dadah´. Majlis juga diisi dengan bicara tokoh oleh wira pejuang negara VAT 69 ( VAT 69 atau 69 Komando merupakan sebuah pasukan khusus multi spektrum bercorak ketenteraan atau separa tentera milik Polis Diraja Malaysia ) Satu aura semangat berjuang untuk negara bergema dalam Dewan Jubli Emas sekolah pada pagi itu. Banyak cerita dan kisah perjuangan mereka telah dikongsi kepada semua guru dan murid yang hadir dalam majlis in.