PERLIS JOHAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 33 TAHUN 2019

Johan Deklamasi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke33 2019- Ainun Syakirah Suzaide, dari negeri Perlis#sayembaradeklamasipuisikemerdekaan#sdpk33 #bahasasastera #jkknmelakasokong #kerajaannegerimelaka #gapena #dbp#melakaberwibawa #pintarhijaubersih

Posted by Ezlina Alias on Jumaat, 13 September 2019

SMK Syed Alwi, Sabtu 14.9.2019. Pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Syed Alwi, Ainun Syakirah bt Suzaide telah mencipta sejarah dan membanggakan seluruh warga SMK Syed Alwi setelah diumumkan menjadi Johan Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan kali ke 33 Tahun 2019 yang berlangsung di Melaka.

Belau telah menerima hadiah piala pusingan YAB Timbalan Perdana Menteri dan hadiah wang tunai RM5,000. Setiap peserta dikehendaki mendeklamasi salah sebuah puisi yang terdapat dalam buku antologi puisi Tanggam Merdeka terbitan Gapena yang dilancarkan di rumah Gapena Kuala Lumpur baru-baru ini. Buku tersebut mengandungi 37 buah puisi yang turut memuatkan tiga buah puisi karya penulis Sabah yang masing-masing ditulis oleh Jasni, Abdul Karim Gullam dan Noor Aisyah Maidin.