MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 6

HOTEL PUTERA REGENCY, Kangar, Perlis, 6 September 2019, telah berlangsung Majlis Graduasi & Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 6 Atas STPM 2019 SMK Syed Alwi. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Hamizan bin Hasan, YDP PIBG SMK Syed Alwi merangkap ADUN Kayang. Dalam majlis ini seramai 103 orang telah menerima anugerah, termasuk 20 orang menerima anugerah pencapaian PNGK terbaik 3.00 hingga 3.75 bagi Semester 1 dan Semester 2 STPM 2019.