PROGRAM MERDEKA TANPA DADAH

KHAMIS 5.9.2019 SMK SYED ALWI, telah dianjurkan Program Merdeka Tanpa Dadah secara bersama antara PEMADAM, AADK dan PDRM Negeri Perlis. Program diadakan di Dewan Jubli Emas, SMK Syed Alwi. Paling membanggakan ialah kehadiran Exco Kerajaan Negeri selaku Pengerusi PEMADAM Perlis dan yang istimewanya juga ialah kehadiran Ketua Polis Perlis yang baharu SAC Dato´ Surina Saad. Beliau meeupakan bekas pelajar SMK Syed Alwi tahun 1979-1980.