Tahniah Aiman Dan Aimin Terpilih Sebagai Atlet Sepaktakraw Mewakili Malaysia Ke ASEAN School Games (ASG) 2019 Di Indonesia

Warga SMK Syed Alwi berbangga dan megucapkan tahniah kepada Muhammad Shahalril Aiman dan Muhammad Shahalril Aimin kerana terpilih sebagai atlet sepaktakraw mewakili pasukan Malaysia ke ASEAN School Games (ASG) 2019 yang akan berlangsung di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Tahniah juga kepada barisan jurulatih yang diketuai oleh cikgu R.Rashid B Ariffin yang telah membimbing dan melatih mereka sehingga sampai ke tahap ini.