Kembara Literasi Maklumat Negeri Perlis Anjuran BTPN

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Pada 26-27 Julai 2019 yang lalu PSS telah melibatkan penyertaan dalam Program Literasi Maklumat Negeri Perlis. Antara tempat yang di lawati adalah Galeri Diraja, Perpustakaan Unimap, Gua Kelam, Marhom Kayang,Bukit Ayer, Taman Ular dan Taman Herba.