Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Menyampaikan Ucapan Penghargaan Kepada Seluruh Warga SMK Syed Alwi

SMK Syed Alwi, Isnin 1.7.2019, Seluruh warga SMK Syed Alwi menerima ucapan penghargaan dan terima kasih yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad B. Abd Ghani, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis mewakili pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berjaya mempersiapkan pentas utama dan persiapan tempat untuk acara Tilawah Al Quran Menengah dan Jemputan Antarabangsa dalam Majlis Tadarus Al Quran Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2019 yang berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Arau, Perlis pada 21-24 Jun 2019 yang lalu.