SMK Syed Alwi Meraih Tempat Ke 3 Pertandingan Choral Speaking Bank Rakyat State Level

Sabtu 29.6.2019 Pasukan Choral Speaking SMK Syed Alwi telah menyertai Choral Speaking Bank Rakyat State Level yang diadakan di SK Seri Indera, Kangar, Perlis. Pasukan SMK Syed Alwi diwakili oleh 19 orang pelajar tingkatan 3 yang dibimbing oleh cikgu Nurul Jannah bt Othman, cikgu Iswani bt Ismail sebagai penulis lirik, cikgu Rosliana bt Roslan sebagai guru pengiring dan konduktor oleh Gehan Shafie Bin Rozle telah berjaya meraih tempat ke 3. Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SMK Syed Alwi dan guru yang terlibat.