Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah Tahun 2019

JUMAAT 14.6.2019 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan untuk semua warga SMK Syed Alwi. Majls berlangsung di Dewan Jubli Emas SMK Syed Alwi. Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini ialah Tuan Hj Izmi B. Hj Ismail Pengarah JPN Perlis dan YDP PIBG SMK Syed Alwi YB. Tuan Hamizan b. Hassan, wakil dari JPN Perlis, SKM, Biro Angkasa, AJK PIBG, semua guru, staf dan pelajar SMK Syed Alwi. Kemeriahan ini diharapkan agar dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat berpasukan antara semua pihak.