Pelajar SMK Syed Alwi Terlibat Kemalangan Jalanraya

SELASA 11.6.2019 Seorang pelajar SMK Syed Alwi terlibat dalam kemalangan jalanraya dalam perjalanan datang ke sekolah pada pagi ini. Kejadian berlaku lebih kurang jam 7.30 pagi. Pelajar yang terlibat ialah Siti Suziana bt Mohd Yusri. Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua pelajar agar sentiasa berhati hati dan berwaspada menunggang motosikal ketika datang ataupun pulang dari sekolah.