CERAMAH NUZUL AL QURAN

Selasa 21 Mei 2019 bersamaan 16 Ramadan 1440 bersempena dengan sambutan Nuzul Al Quran pada setiap 17 Ramadan, pihak jawatankuasa asrama SMK Syed Alwi telah mengadakan ceramah Nuzul Al Quran. Ceramah disampaikan oleh ustaz Shahrulnizam b. Zaaba dari SMK Mata Ayer, Perlis. Ceramah diadakan selepas solat tarawih di surau Al Hidayah SMK Syed Alwi.