SUMBANGAN WARGA SMK SYED ALWI KEPADA MANGSA RIBUT

KHAMIS 16.5.2019 : Ustaz Khairul Anuar b Shaari selaku Pengerusi Kelab Kebajikan Guru SMK Syed Alwi sesi 2019 telah menyampaikan sumbangan yang dari warga SMK Syed Alwi kepada mangsa ribut di SK Titi Tinggi, Padang Besar Perlis. Mangsa merupakan salah seorang murid dari SK Titi Tinggi iaitu NurAqilah yang mana rumah mereka telah musnah akibat dihempap pokok pada 24 April 2019 yang lalu.

Pengerusi Kelab Kebajikan Guru SMK Syed Alwi Ustaz Khairul Anuar b. Shaari mewakili warga SMK Syed Alwi menyampaikan sumbangan kepada Nur Aqilah. Sumbangan diterima oleh guru besar SK Titi Tinggi sebagai mewakili Nur Aqilah.