SMK SYED ALWI JOHAN PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019

KHAMIS 2.5.2019; SMK Syed Alwi berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Dato´Mahmud Hj. Hashim, SMK Tengku Suleiman, Perlis. SMK Syed Alwi berjaya memenangi kategori pelakon harapan lelaki terbaik, pelakon harapan wanita terbaik, skrip drama terbaik dan pengarah terbaik. Seramai 15 pelajar terbabit dalam pertandingan tersebut, guru penasihat pasukan drama SMK Syed Alwi ialah Pn Che Siti Fatimah bt Che Ahmad, Pn Normala bt Ramli dan Pn Mashitah bt Zainuddin. Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan sekolah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 20 hingga 22 Ogos 2019 ini.