DASAR DAN HALA TUJU SEKOLAH

Dasar sekolah adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara di samping seiring dengan aspirasi pendidikan Negara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu menekankan kepada :

Pembinaan modal insan yang memiliki 6 ciri utama iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, mempunyai etika kerohanian serta memiliki identiti nasional yang membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global.

  1. Menerap amalan budaya kerja cemerlang dan efisien dalam kalangan guru berasaskan kepada nilai-nilai Islam dengan menekankan kepada sifat jujur, integriti, berdaya tahan dan kompetatif serta bersedia untuk menjadi peneraju transformasi negara khususnya di bidang pendidikan.
  • Mempraktikkan budaya pengajaran dan pembelajaran berasaskan PLC, PAK 21, KBAT dan  i-Think kepada para pelajar.
  • Mengukuh dan menambahbaik prestasi pengurusan semua unit (Kurikulum, HEM dan Kokurikulum) dengan meletakkan sasaran yang jelas untuk dicapai.
  • Menjadi sekolah menengah harian terbilang di negeri Perlis melalui pencapaian cemerlang dalam semua bidang.
  • Mencapai sekurang-kurangnya nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 5 setiap tahun.