BICARA PENGETUA

EN GHAZALI BIN AHMAD

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Anak muda memukul taboh,

Taboh dipukul di pagi  lebaran,

Bersatu teguh bercerai roboh,

Harapan di bahu membina kejayaan”. 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, kita diberi kesempatan lagi untuk memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2020. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2020  kepada semua guru dan warga SMK Syed Alwi.

                 Saya berharap, seperti nukilan pantun di atas, kita akan bersama-sama “membina kejayaan”  iaitu, terus berusaha memikul amanah besar untuk menjadikan  SMK Syed Alwi sekolah berkualiti dan menghasilkan seramai mungkin impak kemenjadian pelajar yang cemerlang.

                Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga sekolah di atas usaha gigih dan komitmen yang telah diberikan di sepanjang tahun 2019. Usaha dan jasa baik yang dicurah dalam semua bidang ke arah  memberikan didikan terbaik kepada pelajar merupakan kunci kejayaan kita, sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum  atau sahsiah pelajar.

                Untuk itu saya menyeru kepada semua warga sekolah untuk terus mendokong hasrat   “Bersama menyumbang ke arah kecemerlangan” bagi memastikan keberhasilan murid dapat direalisasikan. Sesungguhnya, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan yang bertungkus lumus menyediakan modal insan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam semua sektor.

                Akhir sekali, marilah kita sama-sama berganding bahu melakukan penambaikan dalam urusan kerja dan sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian pelajar.  Marilah kita berazam untuk menjayakan slogan “ satu haluan, sehaluan ”  untuk merealisasikan kejayaaan matlamat tersebut.  Mudah-mudahan segala usaha yang kita rancang akan sentiasa diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’