PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2021

DASAR PENTADBIRAN SEKOLAH

Melaksanakan dasar pengurusan berkualiti, beretika dan berintegriti untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua kakitangan sekolah, pelajar dan pihak luar yang berurusan dengan sekolah.


VISI
Menjadikan SMK Syed Alwi berpentadbiran cemerlang menjelang 2023.

MISI

  1. Meningkatkan budaya kerja berintegriti dalam menjalankan tugas.
  2. Menyemai semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru dan staf.


MATLAMAT

  1. Sentiasa bergerak di landasan yang betul sebagai prasyarat untuk mencapai budaya kerja yang cemerlang.
  2. Mengamalkan amalan pengurusan yang baik untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi.

OBJEKTIF

  1. Memastikan kaunter pelanggan sentiasa diberikan layanan segera dan mesra.
  2. Mengamalkan budaya amanah dan bertanggungjawab terhadap semua tugas yang dijalankan.
  3. Mengamalkan perkongsian pintar dalam urusan pentadbiran sekolah.

KPI

  1. Meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
  2. Sifar surat layang dan rungutan luar.