PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2021

DASAR HAL EHWAL MURID

Melaksanakan dasar pengurusan berkualiti, beretika dan berintegriti untuk mewujudkan keharmonian dan keselesaan dalam kalangan warga sekolah serta mengamalkan budaya kerja cemerlang.
VISI
Pelajar-pelajar SMK Syed Alwi akan menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum menjelang 2023.
MISI

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi merangsang PdPc dan aktiviti kokurikulum sekolah.
  • Menzahirkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga SMK Syed Alwi.
  • Memberi penekanan kepada pendidikan agama dan moral bagi menyemai sahsiah terpuji kepada pelajar-pelajar.
    MATLAMAT
  • Memantapkan pengurusan HEM, bimbingan dan kaunseling, disiplin, kecemerlangan sahsiah dan unit-unit HEM yang lain dengan memastikan semua jawatankuasa terlibat memberi fokus yang
    lebih mendalam dan terperinci dalam bidang tugas masing-masing.
  • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum dan menyuburkan potensi kepimpinan.
    OBJEKTIF
  • Menjana pengurusan unit HEM secara sistematik dan berkesan.
  • Memastikan setiap dasar HEM difahami dengan jelas dan dilaksanakan secara berhemah.
  • Memastikan setiap unit HEM berfungsi dengan cekap dan efektif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Memastikan urus tadbir HEM diselaras dan disepadukan.
  • Menjadi panduan secara menyeluruh ke arah pengurusan HEM yang berkualiti.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang sihat, selamat dan kondusif.
  • Menjadikan SMK Syed Alwi tempat pembangunan modal insan yang relevan.
  • Membanteras dan menghapuskan budaya negatif dalam kawasan sekolah.
  • Memastikan kebajikan pelajar yang kurang bernasib baik terjaga.
    KPI
  • Mengurangkan kuantiti kes salah laku disiplin.
  • Meningkatkan keterampilan sahsiah diri pelajar.
  • Mencapai peratus kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 85% sebulan.