PENGURUSAN KURIKULUM 2021

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

Dasar Kurikulum Sekolah adalah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran negeri Perlis dan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebagai sebuah sekolah harian biasa luar bandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi akan mematuhi segala syarat yang telah diperuntukkan oleh Jabatan Pendidikan Perlis dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program-program akademik diutamakan dalam perancangan pihak pengurusan sekolah tanpa menyekat program-program lain melalui jadual yang telah ditetapkan.


VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi Sekolah Cemerlang Menjelang 2023.

MISI
Berusaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum sekolah secara berterusan.

MATLAMAT

  • Meningkatkan kualiti dalam pengurusan kurikulum dan panitia mata pelajaran.
  • Meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • “Redesign” berterusan PdPc untuk memaksimumkan impak terbaik.
  • Meningkatkan kualiti penilaian dalam bilik darjah.
  • Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam PT3 dan SPM serta mencapai sekurangkurangnya
    GPS nilai 5.
  • Meningkatkan kualiti PdPc selari dengan standard 4 SKPMg2.
  • OBJEKTIF
    Membudayakan PLC dalam kalangan guru.
  • KPI
  • Meningkatkan GPS sekolah ke nilai 5.
  • Meningkatkan peratus kualiti pencapaian PT3 dan SPM.
  • Meningkatkan peratus GPMP setiap mata pelajaran.