Isnin 18 Jun 2020 telah berlangsung mesyuarat guru-guru SMK Syed Alwi menggunakan media “aplikasi meet” melalui google classroom yang disediakan oleh KPM. Mesyuarat ini telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi yang melbatkan semua guru SMK Syed Alwi dan wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Mesyuarat dipengerusikan oleh tuan pengetua En Ghazali b. Ahmad yang membincangkan tentang Garis Panduan Pengoperasian Pembukaan Sekolah Pasca PKPP. Turut hadir selaku pemantau pada pagi itu ialah pemangku Pengarah JPNPs Tuan Haji Mohammad b. Abd Ghani, Timbalan Pengarah Pengurusan.