KANGAR: Pemberian vaksin di Perlis turut melibatkan tiga fasa dengan kumpulan pertama membabitkan kira-kira 8,000 petugas barisan hadapan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.Beliau berkata, kumpulan itu merangkumi petugas kesihatan, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan guru dengan tempoh pemberian bermula bulan ini hingga April.

“Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan mempunyai penyakit kronik iaitu kira-kira 94,000 individu.