SMK SYED ALWI, RABU 19.8.2020 Alhamdullilah, syukur dapat bertemu semula dengan anak anak pelajar STPM 2019. Satu majlis ringkas penyerahan hadiah dari Alwian kepada pelajar gilap permata dalam STPM 2019. Syukur dari 102 pelajar 71 dapat memasuki Universiti dan tahniah kepada mereka. Sedih sedikit sebab dari jumlah tersebut ada seramai 21 perlu buat rayuan termasuk seorang yang 4.0 tidak dapat tempat ke Universiti. Semoga Allah memberi yang terbaik kepada semua anakanda, seperti ikrar dahulu 10 tahun lagi ada yang bekerja di London atau kota kota hebat di dunia. Kepada 7 orang yang tidak memohon jangan biarkan masa berlalu, buat sesuatu yang terbaik untuk masa depan. Semoga kejayaan sentiasa bersama anakanda semua, terbaik, sayang semua. (petikan kata kata tuan pengetua SMK Syed Alwi)