ISNIN 22 JUN 2020, Semua guru serta kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi melakukan simulasi aktiviti seperti pemeriksaan suhu badan, amalan jarak sosial, pembelajaran di dalam kelas dan pengambilan makanan di kantin sekolah sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 di dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).